:: Courses Offered
 
  Bahasa Kebangsaan A
 

Pengenalan

Antara kandungan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 adalah mewajibkan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan diajarkan di Institusi Pendidikan Tinggi Swsta yang menggunakan bahasa pengantar selain daripada Bahasa Melayu. Bahasa Kebangsaan A adalah sukatan mata pelajaran untuk pelajar warganegara Malaysia dan Bahasa Kebangsaan B adalah untuk pelajar bukan warganegara Malaysia. Sukatan pelajaran Bahasa Kebangsaan A mengandungi aspek pengajaran yang lebih mendalam terutamanya mengenai ketatabahasaan. Ia dikawal selia oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) iaitu skop dan sukatan pelajaran adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LAN. Selain itu kursus adalah bertujuan sebagai panduan menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi.


Liputan pengajaran

Liputan kuliah turut melibatkan perbincangan mengenai 14 topik, antaranya ialah asal usul Bahasa Melayu, perkembangan Bahasa Melayu, tatabahasa, kesantunan berbahasa dan kemahiran berbahasa.


Matlamat Pengajaran

Kursus ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dan penyampai ilmu yang padat, sofistikated, jitu dan canggih. Selain itu, kursus ini diharapkan mampu memupuk kemahiran menjalin idea secara bertulis dan juga lisan. kursus ini turut dapat membimbing para pelajar mengenalpasti pelbagai laras bahasa, baik sebagai gaya bahasa tulisan mahupun lisan dengan perhatian khusus kepada bahasa untuk akademik.


Kerelevanan Kursus

Komunikasi menggunakan bahasa Melayu yang baik amat perlu memandangkan negara kita mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan Bahasa Melayu telah diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan menurut Perlembagaan Malaysia - fasal 1 Perkara 152. Bahasa Melayu juga digunakan di seluruh badan kerajaan dan swasta.


Objektif Kursus

  • Memahami bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul dan kemas.
  • Boleh merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang tersusun, padat, dan menyakinkan, secara lisan dan tulisan.
  • Boleh menggunakan bahasa yang berkesan dari segi sebutan dan intonasi, ejaan, tatabahasa, kosa kata, ungkapan dan laras.
  • Mampu mengarang pelbagai teks dengan bahasa yang betul dan berkesan.
  • Boleh berkomunikasi dengan penuh sopan, di samping mengekalsuburkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.