:: Courses Offered
 
  Pendidikan Moral
 

Sinopsis Kursus

Mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996, mata pelajaran Pendidikan Moral hendaklah ditawarkan sebagai tambahan kepada matapelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di IPTS. Semua pelajar bukan beragama Islam yang menhikuti pengajian di IPTS wajib mengambil matapelajaran ini. Kelulusan dalam matapelajaran ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia.

Pendidikan Moral di IPTS memberi tumpuan kepada usaha melahirkan insan yang berakhlak mulia melalui penghayatan nilai-nilai murni secara bersepadu dalam kehidupan seharian. Usaha ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insane berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggjawab dan berkeupayaan mencapai kebahagiaan diri serta memberi sumbangan berkesan kepada kesejahteraan masyarakat  atau negara.

Untuk menjadikan Pendidikan Moral sebagai satu kursus yang dinamik dan bermakna, pengajaran dan pembelajarannya mencakupi pengertian moral yang luas dan membahaskan isu-isu semasa mengenai moral.

Objektif Kursus

Mata pelajaran Pendidikan Moral di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta disediakan untuk membentuk insane yang bermoral melalui penghayatan secara bersepadu nilai-nilai mulia dalam kehidupan sehariannya.

Perkara keperibadian dan akhlak mulia di kalangan tenaga manusia adalah amat penting untuk menjamin kejayaan hasrat membentuk sebuah Negara yang mempunyai unsur-unsur penyayang dan moral.