:: Courses Offered
 
  Pengajian Malaysia 
 

Sinopsis Kursus

Kursus Pengajian Malaysia adalah satu kursus WAJIB untuk semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Kursus ini dikawalselia Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di mana skop dan sukatan pelajaran adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LAN. Kursus ini juga dikenali sebagai Kenegaraan Malaysia. Matlamat utama kursus Pengajian Malaysia ialah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, liputan kuliah turut melibatkan perbincangan mengenai 15 topik, antaranya adalah zaman prasejarah Malaysia, zaman kemerdekaan, pembentukan Malaysia, sistem dan struktur pentadbiran negara, sistem demokrasi di Malaysia, perlembagaan, dasar-dasar utama dan juga isu-isu semasa sosial dan politik di Malaysia. Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar serta cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh Malaysia turut mendapat liputan di dalam kursus ini.

Objektif Kursus

  • Memahami sejarah bangsa dan negara serta perkembangan masyarakat dari aspek sosio-budaya, politik dan ekonomi.
  • Mempertingkatkan kesedaran, kepakaran dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
  • Menghargai usaha dan sumbangan tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan kedaulatan negara kita Malaysia.
  • Menghargai keperibadian bangsa  dan berbangga menjadi rakyat Malaysia