:: Courses Offered
 
  Pengajian Islam 
 
Pengenalan Kursus
 
Mata pelajaran Pengajian Islam  disediakan  untuk melahirkan warganegara, khususnya siswazah Islam, agar dapat memahami dengan lebih mendalam   tasawur Islam  sebagai satu  cara hidup  yang bersepadu, seimbang dan relevan sepanjang zaman  serta mampu menangani   sebarang masalah dan  cabaran. Ia membincangkan  beberapa topik  asas Islam, institusi  dalam Islam, konsep seni  dan manifestasi  budaya  serta liputan  mengenai isu-isu  semasa yang berkaitan dengan Islam.

Objektif Kursus

  • Mengenali Islam sebagai sebuah tamadun sejagat dan cara hidup  yang bersepadu serta berseimbangan yang menyumbang  kepada kemajuan masyarakat dan pembangunan negara, termasuk masyarakat Islam  di Malaysia.
  • Sebagai jawapan pelbagai persepsi   yang salah atau prasangka  negatif yang berterusan  dalam masyarakat semasa tentang  peranan Islam dalam dunia masa silam, masa kini dan masa hadapan.
  • Menjelaskan bagaimana  nilai-nilai kemanusiaan  yang melandasi institusi-institusi dan budaya Islam  boleh memainkan  peranan yang utama dalam menjamin  mutu kehidupan  masyarakat yang  beradab dan harmonis dalam proses globalisasi, industrialisasi  dan pertumbuhan  ekonomi yang pesat.
  • Menerangkan bahawa Tamadun Islam  mempunyai potensi  dan keupayaan  besar untuk menangani  pelbagai cabaran  yang dihadapi  oleh masyarakat Malaysia  dalam merealisasikan  objektif Wawasan 2020.