skip to Main Content

Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Pelarian Dari Fugee School

Kuala Lumpur, 18 Mei 2018 (Jumaat) – Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama anak-anak pelarian dari Fugee School. Majlis ini telah dijalankan di Dewan Razakian, UNIRAZAK, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ‘Iftar’ ini diadakan adalah sebagai platform bagi pelajar dan staf UNIRAZAK untuk meluaskan rangkaiannya serta membina perhubungan bersama komuniti yang pelbagai. Tetamu yang dijemput untuk majlis ini terdiri daripada pelajar dan sukarelawan dari Fugee School, Kuala Lumpur. Fugee School merupakan sebuah sekolah yang menyediakan peluang pendidikan untuk pelarian. Ia merangkumi komuniti dari Somalia, Yaman, Syria, Iraq, Libya, Pakistan, dan Palestin.

UNIRAZAK sebagai penganjur majlis telah menyediakan juadah berbuka puasa serta menyampaikan sedikit cenderahati kepada 45 orang hadirin yang meliputi pelajar, guru, dan sukarelawan telah menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir untuk menjayakan program ini ialah Encik Amil Izham Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK dan Ms. Deborah Henry, Pengasas Fugee School.

Menurut Amil, “Kami sedang menjalankan kerjasama dengan Fugee School untuk membantu anak-anak pelarian mendapat peluang menyambung pelajaran mereka di peringkat universiti. Majlis ini amat bermakna dalam merapatkan lagi perhubungan antara kedua institusi.”

Deborah pula menjelaskan bahawa terdapat lebih 33,000 anak-anak pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Kata beliau, “Peluang anak-anak pelarian ini mendapat pendidikan di peringkat tinggi adalah amat terhad disebabkan masalah dokumentasi dan juga pembiayaan. Kerjasama Fugee School dan UNIRAZAK dapat memberi peluang kepada anak-anak pelarian ini untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga mereka.”

fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer
Alumni Students Staff FAQ Apply Now

© Copyright - UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK - All Rights Reserved.

Back To Top